Sabtu, 5 Disember 2009
LATAR BELAKANG SABBU JB
SEJARAH PENUBUHAN
SEKOLAH AGAMA BANDAR BARU UDA
JOHOR BAHRU
Sekolah Agama Bandar Baru Uda mula ditubuhkan pada tahun 1982,menumpang di Sekolah Kebangsaan Kompleks Uda dan mula dikenali dengan nama Sekolah Agama Kompleks Uda. Guru Besar yang dipertanggungjawabkan bagi mengendali pentadbiran sekolah pada ketika itu ialah Ustaz Abd Kahar bin Abd Aziz sehingga tahun 1983.
Pada awal tahun 1995 Sekolah Agama Bandar Baru Uda berpindah dengan menyewa bangunan rumah kedai 2 tingkat. Apabila projek bangunan baru telah siap dibina pada tahun 1992,maka bermulalah episod sekolah baru bagi Sekolah Agama Bandar Baru Uda yang beroperasi sepenuhnya dibangunan sendiri pada tahun 1992 yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Johor.Ia dirasmikan oleh YAB Dato’ Abd Ghani bin Othman pada 28.10.1999.
Di awal penubuhannya ia hanya mempunyai 2 blok bangunan 3 tingkat dengan mempunyai 22 buah bilik darjah. Menjelang tahun 2001,bangunan blok C setinggi 3 tingkat dengan mempunyai 14 bilik darjah telah dibangunkan dengan peruntukkan RM 600,000 hasil sumbangan Menteri Besar Johor iaitu YAB Dato’ Abd Ghani bin Othman.
Berbagai-bagai usaha telah dijalankan untuk memberi kemudahan perkembangan pengetahuan dan pendedahan kepada murid-murid sekolah ini bagi meningkatkan prestasi mereka salah satunya ialah dengan menyediakan alat P&P yang canggih dan terkini di samping penyediaan bilik Makmal Fikah,bilik Praktikal Haji,bilik Perpustakaan,Bilik pusat Sumber Bilik Tayangan & Bilik Multimedia.