Ahad, 25 Mac 2012

Keputusan SDKA Tahun 2011

Keputusan SDKA Tahun 2011 akan diedarkan pada 28 Mac 2012, jam 9.00 - 12.00 tengahari dan 2.00 - 5.00 petang. Sila bawa slip menduduki peperiksaan.

Khamis, 15 Mac 2012

Ujian Setara Mac 2012

Ujian Setara akan dijalankan bermula 20-23 Mac 2012. Masa hadir dan pulang murid adalah sama seperti hari persekolahan biasa. Bawa alat tulis selengkapnya. Darjah 1-3 sila bawa pensil warna.

Rabu, 4 Januari 2012

Bagi yang belum menjelaskan yuran, sila hadir pada 09 Januari 2012. Bayar pada guru kelas anak jagaan masing-masing.

Selasa, 13 Disember 2011

Makluman:
1)Penjualan kitab pada 19,20,21 dan 31 Disember 2011,jam 9.00 pagi-3.00 petang.
2)Pengesahan Darjah 1 Tahun 2012 pada 31 Disember 2011,jam 8.30 pagi-12.00 tengahari.
3)Pembayaran Yuran Persekolahan pada 01 & 02 Januari 2012,jam 8.30 pagi - 12.00 tengahari.
4)Sesi persekolahan bermula 04 Januari 2011.

Khamis, 1 April 2010

Perhatian kepada ibu bapa dan penjaga SABBU


Adalah dimaklumkan bahawa Sekolah Agama Bandar Baru Uda Johor Bahru dengan sukacitanya menjemput tuan/puan ke Majlis Mesyuarat Agong Badan Kebajikan Sekolah Agama Bandar Baru Uda kali ke 18 , Majlis Taklif & Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang TAJ, Darjah Enam & Darjah Khas sebagaimana ketetapan berikut:-

Hari & tarikh : Sabtu 24 April 2010

Masa : Jam 8.30 pagi

Tempat : Dewan Al-Hikmah

Sekolah Agama Bandar Baru Uda

Johor Bahru.