Isnin, 16 November 2009





PENGERTIAN

Badan ertinya satu kumpulan yang terdiri dari beberapa orang ibu bapa dan guru.

Kebajikan ertinya sesuatu yang merupakan kebajikan atau kemajuan dalam bidang pelajaran atau persekolahan bagi pelajar-pelajar atau ibu bapa atau guru-guru atau masyarakat setempat atau lain-lain perkara kebajikan yang dimaksudkan.

TUJUAN BADAN KEBAJIKAN DITUBUHKAN

Mengadakan perbincangan untuk tujuan kebajikan dan kemajuan pelajaran pelajar-pelajar atau guru-guru disetiap sekolah Agama.
Membantu pihak guru-guru atau pentadbiran sekolah bagi memenuhi atau menampung keperluan pelajar-pelajar supaya dapat belajar dengan lebih sempurna.
Bertukar-tukar fikiran , pendapat dan maklumat diantara ibubapa dengan guru-guru berhubung dengan pencapaian kemajuan pelajar-pelajar dan juga untuk memperbaiki serta meningkatkan mutu pelajaran anak-anak mereka.
Berusaha mewujudkan masyarakat yang saling mengambil berat diantara satu sama lain.

KEAHLIAN

Tiap-tiap ibu bapa atau penjaga yang anaknya sedang belajar di sekolah agama berkenaan dan guru –guru sekolah agama sekolah tersebut adalah dengan sendirinya menjadi ahli Badan kebajikan sekolah.

SUMBER KEWANGAN

Kejayaan aktiviti-aktiviti sesebuah sekolah berdasarkan kewangan yang stabil .Badan Kebajikan berusaha mencari sumber kewangan.
1. Derma dari ibu bapa / Penjaga RM 25.00 setahun
2. Sewa rumah guru 2 unit RM 600.00 sebulan
3. Sumbangan daripada ahli koprat,syarikat dan orang perseorangan








PROJEK YANG TELAH DILAKSANAKAN

Membina Pondok Menunggu RM 15 000 .00.
Membina 2 unit Rumah Guru RM 100 000.00.
Menambak tanah merah disebelah Blok C untuk padang permainan Tadika Agama Johor.
Menampung bayaran gaji guru Badan Kebajikan, sejak tahun 1999 kebajikan hingga kini.
Membina bangunan TAJ Sekolah Agama Bandar Baru UDA RM 70 000.00
Menyediakan pengawal lalu lintas dihadapan sekolah dan pembantu kebersihan dengan gaji sebanyak RM 1500.00 sebulan.
Membina Laman Web SABBU (www sabbujb.com.my)

KEJAYAAN YANG DICAPAI

Badan Kebajikan Cemerlang Peringkat Daerah 1999
Badan Kebajikan Cemerlang Peringkat Negeri 1999